Khamis, 22 Oktober 2009

Renungan 01/09



maksudnya :dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, Maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Surah al-A’raf ayat 57

IKHWANI WA AKHAWATI FIL ISLAM

Kekuatan umat Islam terletak pada jamaahnya, lantaran Allah SWT menjadikan hujan itu satu rahmat, WHY? Lihat hujan titisannya berbentuk individu, rahmatnya akan terkesan apabila kita mengumpulkan ia dalam satu bekas. Terkesan dapat memusnahkan segala benda apabila bersatu menjadi banjir, terkesan hebatnya apabila berjamaah dalam lautan dalam sungai dalam sawah padi, andai titisan itu menyendiri tiada apa yang boleh dibanggakan, setitis cuma. Sekadar menyejukkan tempat jatuhnya begitulah umpama kita semua umat Islam kehebatan kita akan terserlah sekiranya kita bersatu.

Sudah tiba masanya kita mengorak langkah dalam satu jamaah, dibawah panji satu aqidah, apapun halangan dan berbeza pemikiran kita tetap utuh di bawah satu tujuan mendaulatkan agama Islam tercinta, buktikan melalui wadah sedia terserlah.

Bermula dengan beberapa ringgit, jamaah akan menjadikannya beribu, berjuta
bahkan berbillion, kerana tidak berjamaahnya kita, kita tumbang hanya dengan satu suara, kita tumbang hanya dengan satu ugutan kita tumbang hanya dengan musuh yang tiada kekuatan iman.

Bermula dengan satu idea kita akan menghasilkan pelbagai idea yang dapat menembusi dunia tanpa sempadan.

Bermula dengan satu hati kita dapat melimpahkan kasih sayang, kerana tak kenal maka tidak cinta, dah kenal pasti terasa hinggakan cubitan kanan terasa dikiri, cubitan di kiri terasa di kanan. Ayuh sahabat tercinta kita bina bangunan ukhuwah satu hati dalam satu jamaah...................PEKDIS bermula dari anda...........

Sekian , wassalam.

Ustazah Nor Bee bt Aziz

Keahlian